I SPREAD MY WINGS AND I LEARN HOWTO FLY ALTOUGH IT'S NOT EASY: Sanggar Seni- Puti Limo Jurai 10022011

Sanggar Seni- Puti Limo Jurai 

Tiba di Dewan Kesenian ini, sekitar 0840wib, saya terus keluar, dengan meminta yang lain menunggu didalam Innova.

Bertanyakan sesuatu kepada pengurusan, akhirnya kata putus saya berikan. Minta dimulakan segera acara walaupun dewan belum penuh.

Terus memanggil rakan rakan supaya keluar dari mobil Innova, dan masuk terus ke dewan arena ni. Didalam sudah ada tetamu tidak melebihi 6 orang, tidak temasuk kami.

Acara bermula sekitar pukul 9 malam, dengan pukulan telempong, sebanyak 4 buah lagu dipersembahkan sebagai halwa telinga , bila akhirnya Pengacara malam ini mengucapkan kata kata aluan kepada tetamu yang hadir, kesemuanya 9 warga Malaysia, 1 dari Britain, dan tidak melebihi 10 warga Bukit Tinggi

Badrul Hisham dah kena dengan saya malam ni, bila namanya di minta turun ke Pentas


Badrul merasmikan acara malam ini!
Peragaan Pengantin
Kalau yang rajin ikut penulisan saya, akan pasti, saya sering membawa rakan tetamu saya ke Sanggar Seni ini untuk cuci mata dan telinga. Memang ini acara wajib. Setiap malam ada persembahan dari kumpulan kumpulan berbeza untuk memanaskan kedinginan malam di Kota Bukit Tinggi ini.
Tetamu dari Britain, Izzuddin dan Nasir menjadi pemain Talempong Pacik

Alatan muzik tradisional Cak Lempong ini memang menarik bunyiannya. Apa saja lagu dan irama, boleh mereka buatkan. Terpaku rakan rakan saya mendengarnya serta melirik mata kepada setiap wajah anak anak penari yang begitu gemalai lenggokkan tarinya.
Tari Pasambahan

Tari Payuang
Silek(silat) dari dua anak kecil ini. Memang handal dan terpukau mata melihat kelincahan mereka berdua ni.
Cuma, mungkin mereka terlalu muda, tiada senjata digunakan. Sekadar tangan dan kaki.

Batambua


Tarian Piriang

Ini salah satu tarian yang wajib ditonton. Memang ngeri tapi, kalau dah biasa, tak lah negri sangat, hehehe.
Yang ngerinya sebab kaki kaki comel lagi lembut yang memijaknya.
Anak teruna pun pijak sama
Joget Lambak

Ya, pada awalnya Mokhtar dan Zul keberatan, tetapi setelah diberi kata kata semangat oleh saya dan Badrul, akhirnya mereka rela bersama tamu Britain untuk acara tarian ini. Saya suka rakan rakan saya berhibur secara sederhana begini, kerana hanya sekadar sesama kita dan tiada sentuhan dengan yang bukan muhrim pun.
Kan, semua terhibur termasuk Zul yang mula bertepuk tangan mengikut rentak
Acara tarian Joget Lambak ni adalah acara penutup dan dimestikan hadirin untuk dengan hati terbuka menari bersama bila dijemput. Saya dah berkali kali kesini, mungkin jugak mereka dah kenal, jadi, jarang sekali saya dijemput turun ke pentas menari.

Kalau nak diikutkan masa persembahan dengan harga yang kami bayar untuk pertunjukkan ini, memang tiada nilainya Rp yang dikenakan. Pertunjukan adalah melebihi 1 jam 20minit, dan bayarannya hanya sekadar Rp50,000 atau kira kira RM17.00 setiap saorang. Kepuasan terjamin!

Sanggar Seni terletak kira kira 200 meter dari hotel Ambun Suri. Jadi memang mudah untuk berjalan kaki , walaupun malam ini, kami dihantar pulang dengan Innova Kijang si Ad.

Semua berseri wajah sebaik memasuki kamar masing masing.


I SPREAD MY WINGS AND I LEARN HOWTO FLY ALTOUGH IT'S NOT EASY: Sanggar Seni- Puti Limo Jurai 10022011
Category:

Anda ingin membuat buat Buku Tamu seperti ini?
Klik di sini

Jejak Asia