jalan-jalan Ranah Minang ~ part II

selesai di perkampungan minangkabau, kami makan tengahari di Rumah Makan Pak Datuk.  as we know, nasi padang memang banyak lauk-pauknya.  paling best dapat makan daging dendeng yang asli.  yummy!



dalam perjalanan ke bukittinggi, kami singgah lagi di beberapa buah kedai {takde dalam itinerary} yang mostly nya menjual telekung dan kain ela yang bersulam cantik.  embroidery is the trademark in this region.  selain itu, ada jugak blouse, kain batik, kain pelikat serta kemeja dijual.

sengaja mengisi masa sebelum check-in di hotel, pak ilham cadangkan kitaorang cuba sejenis kuih iaitu bika {bingka mungkin?}.  rupanya macam putu piring dan rasanya macam bingka ubi, tapi lembut sikit lah daripada bingka

di dalam periuk tanah tu lah kuih bika tu dibakar

kitaorang sampai kat bukittingi lebih kurang pukul 5.30 petang waktu tempatan.  punya lah lama, dari pagi, petang baru sampai.  terus checked-in di Hotel Gran Malindo dan berehat.  aku sama bilik dengan azlina.

pukul 7 kami dibawa makan malam di Coto Makassar.  restoran tu tak hidang nasi padang seperti biasa, tapi cuma seekor ikan bakar serta sup yang pekat & sedikit masam.  mungkin makanan ni asalnya dari makassar kot.


untuk pencuci mulut, kami diberi Es Pisang Ijo {ais pisang hijau kot}.  rupanya macam lompat tikam, tapi ada pisang dalam kuih yang kelihatan seperti kuih ketayap tu.

bersama ibu yenie di rumahnya

lepas makan, singgah sebentar di rumah Ibu Yenie yang menjual kain ela bersulam macam yang ada kat kedai tu.  bezanya ibu yerni menjual terus dari rumah serta secara online.  tapi kat situ cuma ziah je yang menyopping.  yang lain dah teruja nak tengok persembahan tradisional minangkabau.

persembahan seni tradisional minangkabau tu sepatutnya start pukul 8.30 p.m.  tapi masa kitaorang sampai di situ terlebih suda dari time tu, still belum start lagi.  so kitaorang pun ambik seat.  pak ilham siap bagitau kitaorang "kak, duduk di depan ya".  entah apa lah plan pak ilham tu. hmm... ;)


dari brochure yang kami dapat, the performance will be performed by Puti Limo Jurai Group.  for further details, you may surf the website at http://www.putilimojuraigroup.blogspot.com/

there were 11 performances altogether.  they were as follows:-

1.  Manggua Tabuah (Beating the Drum)
upacara memukul tabuah (tabuh) di zaman ancient minangkabau.  ia digunakan untuk memberitahu waktu sembahyang.  also to be used to inform when someone passed away and to celebrate Idul Fitri.

2.  Peragaan Busana Penganten

3.  Tari Pasambahan (Welcoming Dance)

4.  Talempong Pacik

5.  Tari Indang
the dance is presented in sitting position and the movement is dominated by arms.  it also depicts about the minangkabau society daily activities.  korang tau kan tarian ni?  so tak payah gambar lah ya :)

6.  Silek (Art of Self Defence)
kalau kat malaysia ni kita panggil silat hokey!

7.  Batambua

8.  Tari Kipas

9.  Aluang Bunian
is a music composition of some instruments such as gandang, saluang, bansi, sarunai and talempong.

10.  Tari Piriang (Dancing on the Broken Plate)

11.  Tari Bersama
untuk persembahan yang ni takde gambar ya.  sebabnya tuan blog pun dijemput menari bersama di atas pentas.  tu pasal namanya 'tari bersama'.  hu..hu..!
Category:

Anda ingin membuat buat Buku Tamu seperti ini?
Klik di sini

Jejak Asia